Bintang Uni-Verse: Satukan industri muzik & universiti, inisiatif baharu Universal Music Malaysia

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

Universal Music Malaysia (UMMY) bersama L.Y. Music Factory dan Faithful Music secara rasmi melancarkan edisi pertama program pencarian bakat Bintang Uni-Verse, yang bertujuan menghubungkan industri muzik dengan dunia pendidikan tinggi.

Majlis pelancaran diadakan di pejabat UMMY dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, menandakan langkah strategik menghubungkan industri muzik dengan pendidikan.

Bintang Uni-Verse merupakan platform pencarian bakat khas untuk pelajar universiti, membolehkan mereka menonjolkan kemahiran nyanyian sambil memperolehi pengalaman industri muzik secara langsung.

Program ini bukan sekadar pertandingan, tetapi juga bertujuan memperkenalkan pelajar dengan proses pembelajaran dan pengalaman profesional dalam industri hiburan tempatan.

Majlis pelancaran turut menyaksikan penandatanganan kerjasama strategik antara UMMY dan lima universiti terkemuka di Malaysia:

  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Pengarah Urusan UMMY, Kim Lim berkata, peserta akan memperoleh pendedahan, bimbingan, dan pengalaman industri yang sangat bernilai. 

“Ini adalah platform di mana bakat bertemu peluang. Harapan kami, inisiatif ini dapat memperkukuh jaringan strategik antara universiti-universiti awam dengan industri muzik tempatan.

“Bintang Uni-Verse bakal menjadi batu asas untuk menemui dan membina bakat Malaysia, menginspirasi kreativiti, serta membentuk generasi artis seterusnya, sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kreatif L.Y. Music Factory iaitu  L.Y.,turut menyokong visi program ini.

“Bintang Uni-Verse bukan sekadar pertandingan. Ia platform untuk membina generasi profesional muda dengan personaliti kukuh dan potensi jangka panjang. 

“Elemen pemindahan ilmu melalui perkongsian pengalaman industri menjadikan program ini istimewa. 

“Harapan saya, Bintang Uni-Verse menjadi jambatan antara pembelajaran dan dunia kerja sebenar dalam industri muzik,” ujarnya.

Program ini turut dimeriahkan dengan persembahan daripada artis bawah naungan Universal Music Malaysia, termasuklah Nuha Bahrin (EMI), Ismail Izzani (DefJam Malaysia) dan Mohsein Kush (Faithful Music).

Dengan inisiatif ini, Bintang Uni-Verse memberi peluang kepada bakat muda tempatan untuk memperoleh pengalaman profesional, pengiktirafan di peringkat global, dan potensi untuk mewakili Malaysia di pentas serantau dan antarabangsa.

Maklumat lanjut mengenai tarikh uji bakat, jadual jelajah kampus, dan garis panduan penyertaan akan diumumkan tidak lama lagi melalui platform rasmi Universal Music Malaysia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This