PM puji usaha Johor naik taraf aset warisan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji usaha berterusan dilakukan Kerajaan Negeri Johor dalam menaik taraf aset warisan negeri itu.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut menyatakan penghargaan atas inisiatif Kerajaan Negeri Johor memperkasa tarikan pelancongan sejajar dengan aspirasi Tahun Melawat Johor.

“Salut saya buat Kerajaan Negeri Johor atas ikhtiar berterusan dalam menaik taraf aset warisan serta memperkasa tarikan pelancongan negeri, sejajar dengan aspirasi Tahun Melawat Johor.

“Usaha ini turut menyokong agenda nasional sempena Tahun Melawat Malaysia dalam merancakkan ekonomi setempat di samping memelihara jati diri serta sejarah bangsa,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Anwar berkata demikian selepas berkesempatan mengunjungi Muzium Diraja Abu Bakar di Johor Bahru, hari ini.

Baca artikel lain: Tempoh jawatan PM 10 tahun? ‘Sindiran’ buat mereka yang sepatutnya sudah bersara

Kunjungan itu turut disertai isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mengulas mengenai muzium tersebut, Perdana Menteri menyifatkan Muzium Diraja Abu Bakar menghimpunkan khazanah diraja serta warisan sejarah dan kebudayaan Kesultanan Johor yang bernilai tinggi.

“Persekitaran landskap juga terpelihara dan menarik,” katanya.

Anwar tiba di Johor Bahru semalam, menaiki Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS3) bersama ahli keluarganya dan berkesempatan mengunjungi Zoo Johor.

Johor menyasarkan kedatangan 12 juta pelancong tahun ini sempena Tahun Melawat Johor 2026 dengan kutipan hasil dijangka melebihi RM42 bilion kepada negeri.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This