SEORANG remaja perempuan ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh daripada tingkat 19 sebuah kondominium yang terletak di Batu Caves, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir memaklumkan, kejadian itu melibatkan mangsa yang berusia 19 tahun.
Noor Ariffin memberitahu, pihaknya telah menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 5.49 petang.
Sebaik menerima maklumat, beliau berkata, pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bersama petugas perubatan Hospital Selayang telah digerakkan ke lokasi kejadian.
“Bagaimanapun, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di tempat kejadian.
“Siasatan awal di lokasi mendapati mangsa merupakan seorang perempuan warga tempatan berusia dalam lingkungan 19 tahun.
“Pemeriksaan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah di tempat kejadian dengan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: Lelaki maut ‘terjun’ keluar dari kereta dipandu teman wanita
Mengulas lanjut, Noor Ariffin berkata, hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Jelasnya, kecederaan itu konsisten dengan impak jatuh dari tempat tinggi.
Beliau turut menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta menghormati privasi ahli keluarga mangsa.
Katanya, sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat merangkap Ketua Balai Selayang, Inspektor Mohd Ridzuan Alang di talian 019-4492685 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

