Projek cerun VHF pastikan keselamatan infrastruktur strategik – Pintas Utama

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PROJEK pembaikan cerun berskala besar di sepanjang laluan Frekuensi Sangat Tinggi (VHF) Telapak Buruk, Jelebu merupakan langkah utama kerajaan memastikan keselamatan infrastuktur strategik negara.

Pada masa sama, projek pembaikan cerun itu juga merupakan kesinambungan akses teknikal terutama di kawasan terpencil.

Ketua Pegawai Eksekutif Pintas Utama Sdn Bhd, Datuk Marhalim Mohamed memaklumkan, sebagai kontraktor utama projek tersebut, syarikat itu bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pembaikan cerun di sepanjang laluan berkenaan.

Katanya, ia bagi mengurangkan risiko tanah runtuh dan memastikan akses penyelenggaraan berterusan ke kemudahan komunikasi.

“Kegagalan menangani risiko cerun di kawasan ini bukan sekadar isu teknikal semata-mata, malah boleh mencetuskan kesan berantai yang signifikan.

“Kegagalan mengenal pasti cerun berisiko tinggi di sepanjang laluan ini boleh mencetuskan kesan domino yang membawa implikasi langsung terhadap sistem komunikasi keselamatan serta rangkaian digital tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Projek berkenaan telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, yang turut mengadakan lawatan rasmi ke beberapa tapak projek pembaikan cerun yang telah siap di sepanjang laluan VHF serta meninjau sendiri kaedah yang digunakan bagi kerja-kerja pembaikan cerun.

Baca artikel lain: Penjara Sibu baharu kurangkan kesesakan penjara di Sarawak sehingga 19 peratus – Nanta Linggi

Sebelum itu, Nanta dalam ucapannya pada majlis penyerahan projek berkenaan menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada Pintas Utama atas pelaksanaan tanggungjawab yang dijalankan dengan penuh dedikasi dan berkesan.

Majlis penyerahan projek hari ini melambangkan komitmen kukuh Kerajaan Negeri Sembilan dan JKR Daerah Seremban, bersama kontraktor Pintas Utama, dalam mengutamakan keselamatan infrastruktur cerun di lokasi yang mempunyai kepentingan strategik kepada ekonomi negara dan komuniti setempat.

“Syabas dan terima kasih kepada kontraktor Pintas Utama atas tahap komitmen yang tinggi serta usaha berterusan dalam memastikan projek ini disiapkan mengikut piawaian dan garis masa yang ditetapkan,” katanya.

Projek pembaikan cerun yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan bermula pada 24 November 2022 telah siap sepenuhnya pada 14 Oktober 2025 dengan kos berjumlah RM109 juta.

Projek ini merangkumi 36 Arahan Kerja melibatkan 124 lokasi sepanjang laluan sejauh 11 kilometer, merangkumi cerun berisiko tinggi, sederhana dan rendah.

Sementara itu, Marhalim berkata sekiranya berlaku kegagalan cerun, akses penyelenggaraan ke menara komunikasi akan terganggu, sekali gus mengakibatkan kos pemulihan yang tidak dijangka serta gangguan terhadap perkhidmatan digital kritikal yang penting kepada ekonomi dan komuniti sekitar.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UtusanTV kukuhkan hubungan kerjasama media bersama MOTAC

UTUSANTV meneroka ruang kerjasama strategik bersama Tourism Malaysia dengan mengadakan kunjungan hormat di pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya...

More Articles Like This