SEORANG lelaki maut selepas dipercayai ‘terjun’ keluar daripada sebuah kereta yang sedang dipandu oleh teman wanitanya di Jalan Seremban-Nilai menghala ke Nilai, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya memaklumkan kejadian itu berlaku kira-kira pukul 3 petang, Isnin lalu berhampiran Taman Kirby, Batu 9, Labu.
Menurut Johari, pihaknya telah menerima laporan daripada seorang wanita mengenai kejadian itu pada pukul 11.37 pagi semalam.
Katanya, wanita berusia lingkungan 20-an itu memaklumkan bahawa rakannya dipercayai telah terjatuh keluar dari sebuah kenderaan semasa sedang bergerak.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa mangsa berada di dalam sebuah kereta dipandu oleh pengadu.
“Ketika dalam perjalanan, berlaku perbincangan sebelum mangsa bertindak keluar dari kenderaan tersebut secara tiba-tiba,” katanya dalam kenyataan.
Baca artikel lain: Pelajar tingkatan 2 maut terjatuh ke dalam lubang pembentungan di Tampin
Mengulas lanjut, Johari berkata, mangsa berusia lingkungan 20-an itu didapati tidak sedarkan diri di lokasi kejadian dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban.
Bagaimanapun, katanya, mangsa telah disahkan meninggal dunia pada pukul 12.35 tengah hari semalam.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi dan jika mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

