Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan di Tangkak

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MAYAT seorang lelaki tanpa identiti ditemukan di kawasan kebun Parit Bunga Laut Sungai Mati, Tangkak, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Supritendan Roslan Mohd Talib berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pada pukul 3.15 petang.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti termasuk status kewarganegaraan berikutan keadaan mayat yang telah mereput.

“Tiada dokumen pengenalan diri ditemui di lokasi kejadian dan siasatan awal dijalankan dapati tiada unsur-unsur jenayah dan kes di klasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga, kenalan atau mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini, diminta untuk tampil membantu siasatan,” katanya.

Roslan berkata, maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Ketua Polis Balai Sungai Mati SM Azaam Nordin di talian 012-2416116 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Tangkak di talian 06-978 5222.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This