SEORANG anggota tentera putus kaki kanan selepas motosikal ditunggang merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang membuat pusingan U di Jalan Pinang Jaya menghala Bukit Pinang, Alor Setar, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali memaklumkan, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 2.40 petang semalam.
Menurut Syed Basri, kemalangan berlaku selepas pemandu Toyota Hilux yang didapati tiada lesen memandu itu berhenti membuang sampah di tong sampah yang berada di tepi jalan.
Katanya, pemandu Hilux berusia 29 tahun itu kemudiannya membuat pusingan U di jalan tersebut.
“Tindakan pemandu Hilux tersebut telah membuatkan anggota tentera itu melanggar kenderaan berkenaan.
Baca artikel lain: Remaja perempuan maut terjatuh tingkat 19 kondominium
“Kejadian itu menyebabkan mangsa putus kaki kanan dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menerima rawatan,” katanya.
Mengulas lanjut, Syed Basri berkata, siasatan mendapati Toyota Hilux yang dipandu lelaki itu merupakan milik majikannya.
Mangsa pula bertugas di Kem Tentera Darat Port Dickson di Negeri Sembilan manakala pemandu Toyota Hilux itu bekerja sebagai pembantu kedai runcit di Kampung Padang Hassan, Bukit Pinang, Alor Setar.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

