Tahun Baharu Cina: Diskaun tol 50 peratus pada 14 dan 15 Februari

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BERITA gembira buat pengguna jalan raya apabila Kerajaan MADANI bersetuju memberikan diskaun kadar tol sebanyak 50 peratus selama dua haro sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberitahu, pemberian diskaun tol itu akan bermula pada pukul 12.01 tengah malam hari Sabtu, 14 Februari dan berakhir pada pukul 11.59 malam Ahad, 15 Februari.

Menurut Nanta Linggi, kerajaan dianggarkan menanggung sebanyak RM19.5 juta bagi membayar balik pampasan kepada syarikat konsesi tol.

Katanya, inisiatif tersebut tertakluk kepada kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol serta Kelas 2 bagi Jambatan Pulau Pinang.

Namun begitu, beliau berkata, ia dikecualikan bagi plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).

“Keputusan ini diambil selaras dengan agenda Kerajaan MADANI dalam menjaga perpaduan dan kesejahteraan rakyat yang merentasi kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan.

“Pemberian diskaun tol 50 peratus ini diharap dapat meringankan beban kos perjalanan rakyat Malaysia yang merancang perjalanan untuk pulang ke kampung halaman bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama ahli keluarga atau bercuti untuk menyambut awal Ramadan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Diskaun tol Tahun Baharu Cina diumum waktu terdekat

Rancang perjalanan sewajarnya

Mengulas lanjut, Nanta Linggi berkata, pemilihan tarikh 14 dan 15 Februari itu bertujuan untuk mengelakkan penumpuan trafik pada hari perjalanan.

Beliau menjelaskan, ia juga bagi mengoptimumkan pengoperasian dan penyelarasan logistik tambahan di sepanjang kawasan hentian sebelah serta kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuh raya.

Nanta Linggi turut berharap semua pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan pengurangan kadar tol itu dengan sebaiknya dan merancang perjalanan sewajarnya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Beliau turut menyarankan pengguna memuat turun aplikasi MyPLUS-TTA dan TuJu Highway Navigation App LLM untuk mendapatkan cadangan jadual waktu perjalanan bagi meningkatkan aspek keselamatan dan keselesaan pemanduan.

Selain itu, Nanta Linggi menasihatkan pengguna supaya sentiasa mematuhi arahan papan tanda, had laju dan maklumat yang dipaparkan di Variable Message System (VMS).

“Bagi mereka yang menggunakan lorong Smart Lane, anda diminta memberi isyarat awal sebelum memasuki lorong tersebut, memandu dengan kelajuan ditetapkan dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

“Pengguna juga disarankan untuk menyemak status trafik semasa atau sebarang insiden di lebuh raya melalui saluran rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia di Facebook, aplikasi X, TikTok atau menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752.

“Maklumat tambahan juga boleh didapati melalui laman sesawang rasmi LLM untuk paparan CCTV serta WhatsApp Channel LLM Info Trafik,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

SKDS diperluas kepada jip, pikap syarikat mulai 15 Julai

KERAJAAN memperluaskan kelayakan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kepada kenderaan persendirian syarikat kategori jip dan pikap, sekali gus membolehkan...

More Articles Like This