PENYELARAS Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth dan Pengasas TanahMalaya.Com, Tamim Dahari Abdul Razak yang ditahan semalam direman selama dua hari.
Berita Harian melaporkan, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, tempoh reman dibenarkan bermula hari ini bagi tujuan membantu siasatan.
Terdahulu, polis mengesahkan Zamri dan Tamim Dahari antara 19 ditahan pihaknya malam tadi di lokasi sekitar pusat beli-belah Sogo yang dijadual berlangsung himpunan GARAH.
Fadil dilaporkan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima pemakluman penganjuran himpunan daripada pihak penganjur terdiri daripada gabungan pendakwah bebas dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.
Baca artikel lain: Polis tahan lelaki rempuh lima kenderaan ketika cuba larikan diri di Kuantan
“Setelah pertimbangan dan risikan keselamatan, pihak polis tidak membenarkan penganjuran perhimpunan ini diadakan.
“Pihak polis turut menerima 131 laporan polis berhubung perhimpunan ini,” katanya.
Susulan itu, polis menjalankan tangkapan seramai 19 orang terdiri 15 lelaki dan empat wanita termasuk Zamri Vinoth dan Tamim Dahari di mana kesemua mereka berusia 30 hingga 64 tahun.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

