Dua lelaki ditahan curi kabel telekomunikasi, miliki senjata tiruan dan dadah di Kota Kinabalu

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel telekomunikasi dalam kejadian yang berlaku pada 7 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, tangkapan tersebut adalah hasil rondaan cegah jenayah yang dijalankan pada awal pagi di kawasan Jalan Maktab Gaya, Luyang, apabila anggota polis mengesan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam keadaan mencurigakan berhampiran lokasi kejadian.

Katanya, pemerhatian lanjut mendapati kedua-dua suspek sedang melakukan aktiviti memotong kabel sebelum bertindak melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak polis.

“Suspek kemudian melarikan diri menggunakan sebuah Toyota Hilux dan enggan memberikan kerjasama walaupun arahan berhenti diberikan.

“Tindakan mereka yang memandu secara agresif dan tidak terkawal telah membahayakan keselamatan anggota polis serta pengguna jalan raya sepanjang laluan pengejaran,” katanya dalam kenyataan.

Baca juga: Lelaki maut, Hilux Vigo terjunam dalam lubang pembentungan

Mengulas lanjut, Kasim berkata, pengejaran berkenaan berakhir di kawasan Taman Putra Perdana, Telipok apabila kenderaan suspek terbabas selepas mengalami kerosakan pada tayar belakang.

Katanya, kedua-dua suspek cuba melarikan diri, namun berjaya diberkas oleh pihak polis selepas berlaku pergelutan singkat.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan dan suspek telah membawa kepada rampasan beberapa barangan disyaki berkaitan jenayah, antaranya beberapa batang kabel telekomunikasi, peralatan memotong kabel, satu objek menyerupai senjata api, serta dadah disyaki jenis syabu seberat 0.44 gram.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Kasim menambah, kedua-dua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah peruntukan undang-undang Seksyen 36, Akta Senjata Api 1960; Seksyen 307, Kanun Keseksaan; Seksyen 12(2), Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pembatalan kontrak peluru berpandu Norway: Kerajaan kemuka tuntutan RM1.06 bilion

KERAJAAN telah mengemukakan Notice of Demand (NOD) kepada firma Konsberg Defence & Aerospace AS (KDA) melibatkan tuntutan berjumlah 226.13...

More Articles Like This