SPRM rakam percakapan pendakwah bebas, Ketua Jabatan kewangan dan Perakaunan berkaitan seleweng dan pusat dakwah

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SURUHANAJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah merakam percakapan seorang pendakwah bebas dan seorang Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pusat pendidikan dan dakwah negeri Kedah.

Rakaman percakapan itu membabitkan siasatan berhubung kes penyelewengan dana di pusat dakwah tersebut.

Menurut sumber, kedua-dua suspek hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bagi memberi maklumat dan membantu siasatan kes berkenaan.

“Kedua-dua suspek tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 1.30 petang tadi dan fokus sekarang adalah untuk melengkapkan siasatan,” katanya.

Semalam, kedua-dua suspek telah dibebaskan daripada tahanan reman pada pukul lima petang selepas kedua-dua suspek ditahan reman buat kali kedua pada Jumaat lalu.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML), Datuk Norhaizam Muhammad ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001.

Tambah beliau, kedua-dua suspek akan dilepaskan malam ini dan akan disambung lagi esok.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tular video curi kabel di MRR2, polis giat buru empat individu

POLIS sedang mengesan empat individu yang dipercayai terlibat dengan perbuatan mencuri kabel di tepi Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2),...

More Articles Like This