Tak banyak negara berani ambil langkah penyasaran subsidi – PM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tidak banyak negara berani mengambil langkah tegas melaksanakan penyasaran subsidi seperti dilakukan oleh Malaysia.

Jelasnya, ini memandangkan risiko serta cabaran dihadapi terutamanya dari sudut penerimaan rakyat yang pastinya terkesan dengan tindakan tersebut.

“Penggunaan Budi Madani RON95 (BUDI95) kini muncul sebagai satu kisah kejayaan yang membanggakan negara apabila pelaksanaannya semakin lancar, tersusun dan berkesan.

Baca artikel lain: Guan Eng gesa JPA tangani isu pegangan saham Azam Baki dengan serius

“(BUDI95 turut) merekodkan urus niaga mencecah sehingga 3.1 juta transaksi dalam sehari, yang berjaya dilaksanakan tanpa sebarang gangguan besar.

“Perkara ini saya maklumkan ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini, malah saya menegaskan perkembangan ini merupakan satu berita yang amat positif,” katanya di Facebook, hari ini.

Berhubung usaha membanteras sindiket penyeludupan ke negara jiran, katanya, Kerajaan MADANI menghargai keprihatinan tinggi rakyat dalam membanteras sindiket penyeludupan RON95 sehingga membantu mengekang ketirisan subsidi.

“(Tindakan ini) wajar dipuji kerana mencerminkan semangat kenegaraan serta jati diri rakyat Malaysia,” katanya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This