Tumpuan utama betulkan ekonomi dan kerajaan, kurang fokus pada parti – Anwar

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

DATUK Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau memberi sepenuh tumpuan untuk membetulkan ekonomi negara dan kerajaan selepas menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri sejak tiga tahun lepas.

Oleh hal yang demikian, Anwar yang juga Presiden PKR mengakui kurang memberi tumpuan kepada parti.

Begitupun, katanya, kedudukan PKR kini berada pada tahap terbaik dan kekuatan perlu terus dibina agar parti terus utuh.

Jelas beliau, walaupun PKR menghadapi cabaran lebih berat berbanding parti yang lain, kerjasama sebagai satu pasukan mampu menggerakkan kekuatan, sekali gus memastikan kemenangan kepada parti.

“Tumpu (kaedah) nak bina kekuatan supaya ‘kapal yang belayar boleh berlabuh dengan bergaya dan mantap’.

“Orang boleh cakap apa-apa pun, tugas kita kerja dan tahu pilihan kita. Kalau ada isu, kita kena jawab setiap isu dibangkitkan dengan kisah benar, bukannya reka,” kata beliau.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, perjuangan parti juga perlu bersandarkan fakta dan tiada negara di dunia ini yang maju dengan menanam bibit kebencian.

Pandangan orang yang penuh dengan kebencian, kata beliau, tidak perlu dilayan, sebaliknya jalankanlah tugas dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.

“Parti pembangkang boleh bercakap mereka mahu memartabatkan Islam, namun Islam itu bukan pada pengucapannya sahaja, tetapi juga pada amalnya dan prinsip keadilannya serta pelaksanaan kata-katanya,” kata beliau.

Anwar berkata, PKR sangat memandang serius soal Islam yang merupakan agama Persekutuan, namun tugas PKR adalah untuk memurnikan keadaan dan tidak berdolak-dalik.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This