PENCINTA kulinari khususnya pada bulan Ramadan, Kembali Ke Dapur Nenda 2026 kini kembali dengan nafas baharu yang lebih segar dan skala penganjuran yang lebih luas berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Penganjuran kali ini bukan sahaja memfokuskan kepada kepelbagaian juadah berbuka puasa, malah turut mengangkat agenda Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sebagai teras utama program.

Menurut wakil penganjur 211 Event Empire, Eisma Eaiza, pelancaran awal bagi 2026 dilakukan bagi memastikan persiapan yang lebih rapi memandangkan sambutan yang dijangka meningkat.

“Tahun ini kami tampil dengan skala yang lebih besar di lokasi strategik dengan kemudahan parkir yang luas.
“Apa yang lebih penting, penganjuran kali ini adalah untuk memberi penghargaan kepada penaja melalui sesi penyerahan cek CSR,” katanya.

Jelasnya, hasil sumbangan daripada pihak penaja akan disalurkan terus kepada rumah kebajikan, golongan asnaf, serta ibu tunggal.
Majlis pelancaran tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran 200 anak-anak tahfiz bersama penjaga mereka.

Bagi memenuhi selera pengunjung, sebanyak 154 jenis hidangan bakal disajikan dengan konsep menu yang bertukar setiap hari.
Antara tarikan utama yang menanti pengunjung termasuklah:

- Kambing bakar dan laksa yang menjadi kegemaran ramai.
- Aneka lauk-pauk kampung dan kuih-muih tradisional.
- Pencuci mulut ‘Chocolate Fountain’ yang tampil dengan keunikan tersendiri.

Selain menjamu selera, pengunjung bakal dihiburkan dengan rangkaian lagu-lagu keroncong dan ghazal oleh penyanyi, Raihana.
Pihak Kelab Rahman Putera, Sungai Buloh, Selangor itu turut memastikan aspek kerohanian terjaga dengan menyediakan kemudahan surau dan dewan solat yang selesa bagi menunaikan solat Maghrib, Isyak, dan Terawih.

Bagi mereka yang ingin merasai pengalaman berbuka puasa di sini, berikut adalah perincian harga:
| Kategori | Harga (Pax) |
| Early Bird | RM90.00 |
| Dewasa | RM129.90 |
| Kanak-kanak (6-12 tahun) | RM60.00 |
| Warga Emas (60 tahun ke atas) | RM60.00 |
Sebarang tempahan atau pertanyaan lanjut boleh hubungi di talian 011-23810483 (Intan) atau 019-6000327 (Autos) atau layari laman sesawang www.211eventempire.com.


