Gandingan Gajah Tiga X Farmer Village Imbau Nostalgia Desa, Saji 70 Menu Warisan Melayu

Dari Penulis

DUA jenama restoran terkemuka, Gajah Tiga dan Farmer Village mengumumkan kolaborasi strategik bagi menganjurkan bufet Ramadan bertemakan Sajian Imbauan Desa bermula 23 Februari ini.

Kerjasama ini bukan sekadar menawarkan hidangan berbuka puasa, malah membawakan konsep Suasana Bazar Ramadan yang bertujuan menggamit memori lama dalam persekitaran rekreasi yang santai untuk seisi keluarga.

Menampilkan lebih 70 hidangan asli, pengunjung bakal disajikan dengan pelbagai menu signature yang telah melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) teliti. Antara tarikan utama termasuklah:

  • Menu Utama: Kambing Golek, Rendang Tok, Ayam Masak Lemak Cili Api, Gulai Daging Kawah, serta Sate Ayam dan Daging.
  • Istimewa Gajah Tiga: Cucur Udang Gajah Tiga dan Tempoyak Pucuk Ubi.
  • Pencuci Mulut: Hampir 20 jenis kuih tradisional seperti Cucur Jawa, Bingka Ubi, Talam Cendol, serta inovasi Coconut Brownies.

Pengasas Farmer Village, Datuk Peter Ng, menyatakan bahawa inisiatif ini bertujuan menjadikan restoran tersebut sebagai lokasi rekreasi tiga generasi yang menggabungkan elemen makanan dan suasana alam semulajadi.

“Ini merupakan kali pertama Farmer Village menganjurkan bufet Ramadan. 

“Kami mahu memberikan variasi yang unik dengan menggabungkan kepakaran kedua-dua pihak,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Syarikat Gajah Tiga, Nazri Hendra, menyifatkan kerjasama ini sebagai langkah memartabatkan masakan tradisional Melayu ke tahap yang lebih tinggi.

“Kami bermula dengan kumpulan kecil yang mempunyai minat mendalam terhadap masakan warisan. 

‘Saya berharap gandingan ini mampu menaikkan lagi nama dua jenama kami dalam arena kulinari tempatan,” ujarnya.

Bagi menghargai pelanggan, pihak penganjur menawarkan harga istimewa bagi 1,000 tempahan terawal.

KategoriHarga Biasa (RM)Harga Early Bird (RM)
Dewasa/Kanak-kanakRM78 – RM128RM68 – RM98

Orang ramai yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi talian berikut:


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Status Halal JAKIM Cetus Fenomena, Churros+ Kini Jadi Pilihan Utama Snek Premium

JENAMA snek premium popular, Churros+, berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran tempatan selepas secara rasmi menerima Pensijilan Halal daripada Jabatan...

More Articles Like This