SERAMAI 12 anggota polis telah ditahan bagi membantu kes samun melibatkan kerugian mata wang kripto di Kajang.
Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 2.07 petang, 6 Februari lalu.
Katanya, mata wang kritpo itu milik seorang warga asing.
“Tindakan segera telah diambil dan seramai 12 anggota polis telah ditahan bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan kes masih dalam siasatan,” katanya.
Shazeli menegaskan, Polis Kontinjen Selangor menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota yang terlibat dalam aktiviti jenayah.
Katanya, orang ramai diminta untuk memberi ruang kepada pihak polis bagi melengkapkan siasatan dan tidak membuat sebarang spekulasi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

