‘Kalau nak twist tunggulah selepas bulan puasa’, Caprice nafi tuduh Rafizi terbabit kes rasuah RM2.5 bilion

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENYANYI rap dan pempengaruh Caprice menyangkal dakwaan kononnya beliau telah menuduh bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli terbabit dalam kes rasuah sebanyak RM2.5 bilion.

Dalam hantaran di Instagram, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 38, menyifatkan dakwaan Rafizi itu sebagai tuduhan berat.

“Salam Ramadan Rafizi, kalau nak twist tunggu lah selepas bulan puasa.

“Sejak bila Cap (Caprice) tuduh Raf (Rafizi) terbabit kes rasuah RM2.5 bilion? Tuduhan berat ini,” katanya dalam hantaran tersebut.

Terdahulu, Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR menyifatkan dakwaan beliau menganugerahkan kontrak kepada syarikat yang ada kaitan dengan dirinya dalam projek solar terbesar 750 MW oleh UEM Lestra adalah fitnah.

Baca artikel lain: Rafizi nafi terbabit penyelewangan RM3.6 bilion, lebih banyak dari kes Najib Razak

Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa, tuduhan itu yang dibuat oleh Caprice dan ia kemudian dijadikan bahan kononnya beliau terlibat dalam kes rasuah RM2.5 bilion.

Rafizi berkata, Caprice membuat kandungan menuduh beliau menganugerahkan projek yang diusahakan oleh UEM Lestra itu dengan cuba memberi gambaran beliau (Rafizi) mengambil rasuah.

“Tidak seperti kes yang lain, SPRM tidak menunjukkan bukti. Tidak ada rampasan ratusan juta atau jongkong emas. Tidak ada bukti ratusan juta dalam akaun saya. Malah, satu bukti pun tidak ada tetapi beriya-iya dijaja jadi bahan berita.

“Ini masalahnya apabila ada pihak yang terdesak menggunakan fitnah. Saya dituduh terbabit kononnya di dalam skandal yang nilainya melebihi nilai yang diambil Datuk Seri Najib,’’ katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This