RAMADAN 2 : Sambal Totok Kecur Liur Dibuatnya..!

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Senang aje buat sambal totok nie, tak sampai 10 minit siap! Inilah menu pembuka selera ketika berbuka. Tak perlu bersusah payah, ada lauk pauk lain. Goreng ayam atau ikan garing-garing, makan dengan sambal tokok.

Nasi panas-panas, fuhh..! Sedar tak sedar, bertambah makan. Ada yang panggil sambal tokok maksudnya sama, iaitu sambalnya diketuk atau pun ditumbuk menggunakan lesung batu. Sebatikan rasa masam dan masinnya, akan membuatkan hidangan kampung ini digemari ramai. Cubalah!

SAMBAL TOTOK

BAHAN
20 tangkai cili padi
1 cawan ikan bilis
3 ulas bawang merah
1 cm belacan bakar
Minyak untuk menggoreng
Sedikit garam dan gula
Jus limau kasturi

CARA PENYEDIAAN :

  1. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian goreng pula bawang merah, cili padi dan belacan. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumbuk ikan bilis kasar-kasar, keluarkan dari lesung dan ketepikan.
  4. Kemudian tumbuk pula cili padi, cili merah, bawang merah dan belacan hingga lumat.Bubuh garam dan gula, secukup rasa.
  5. Masukkan ke dalam bekas dan perahkan limau kasturi.
  6. Akhir sekali baru campurkan dengan ikan bilis yang telah ditumbuk tadi dan gaul rata.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Briar Resources Jamin Hak 200,000 Pekebun Kecil Terpelihara Susulan Pertikaian Kontrak

PEMEGANG lesen eksklusif bagi formulasi baja Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Briar Resources Sdn Bhd (Briar Resources) telah mengambil...

More Articles Like This