RAMADAN 1: Gulai Tempoyak Keladi Kemahang Menggamit Rasa

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Pernah makan keladi kemahang? Sejenis keladi yang sangat lembut, bila direbus. Menu tradisi ‘rare’ yang agak sukar kita temui. Rasa masam manis dan berlemak menjadikan hidangan gulai tempoyak keladi kemahang ini menggamit nostalgia berbuka di kampung halaman.

Hidangan tradisi seperti ini, hanya boleh di dapati bila tibanya bulan Ramadan terutamanya di bazar Ramadan yang menjual lauk-pauk kampung. Keladi kemahang, boleh di dapati di pasar tani yang menjual sayur-sayur kampung. Boleh cuba resipi ini dan sudah semestinya sedap.

BAHAN
1 kg keladi kemahang – potong kasar
1 ikat pucuk paku
300 gm tempoyak
10 tangkai cili padi – tumbuk
6 ulas bawang merah – tumbuk lumat
200 gm ikan bilis – tumbuk lumat
5 cm kunyit hidup – tumbuk lumat
2 batang serai – titik
800 ml santan pekat
500 ml air
Sedikit asam gelugur
Sedikit garam dan gula

CARA PENYEDIAAN :

  1. Keladi kemahang disiat kulitnya dan direbus bersama garam serta asam gelugur sehingga empuk untuk menghilangkan gatal. Tapis dan basuh hingga bersih, ketepikaN.
  2. Di dalam kuali, masukkan cili padi, bawang merah, kunyit hidup, ikan bilis dan serai. Tuangkan sedikit air. Kacau dan biarkan hingga mendidih.
  3. Setelah mendidih masukkan pucuk paku dan tempoyak. Gaul sehingga pucuk paku layu.
  4. Masukkan batang kemahang, santan, garam dan gula secukup rasa. Kacau hingga sebati dan mendidih.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This