SEORANG lelaki yang dipercayai mencuri kabel ditahan oleh anggota Polis Bantuan ketika menjalankan rondaan serta pemeriksaan di KM 728.00 – KM 728.25 jajaran Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Kempas Baru – Kulai, kelmarin.
KTMB memaklumkan, pada 11.07 malam, anggota terbabit mengesan suspek dipercayai memotong kabel berhampiran pagar kawasan landasan.
“Suspek cuba melarikan diri ke arah kawasan berhampiran stesen minyak Petronas, namun berjaya ditahan pada jam 11.47 malam hasil tindakan pantas dua anggota PB, iaitu PB Syamier dan PB Syamsul.
“Pemeriksaan lanjut menemui beberapa beg berisi alatan pemotong kabel yang dibuang di kawasan longkang berhampiran lokasi kejadian.
“Semakan mendapati suspek mempunyai 28 rekod jenayah lampau. Suspek telah diserahkan kepada pihak IPD Kulai untuk tindakan lanjut,” kata KTMB menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Semua agensi kerajaan Persekutuan, negeri digerakkan bantu mangsa banjir – TPM
Katanya lagi, tindakan pantas dan cekap anggota Polis Bantuan berjaya menghalang sebarang gangguan terhadap keselamatan landasan, sekali gus memastikan kelancaran operasi tren berjalan lancar.
Perbuatan menceroboh dan merosakkan harta benda kereta api adalah satu kesalahan serius di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).
Ia memperuntukkan tindakan tegas termasuk denda, penjara atau kedua-duanya sekali terhadap pesalah yang disabitkan kesalahan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

