RAMADAN 4 : Bingka Keju & Strawberi Lembut Berkrim, Sekeping Tak Cukup!

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Iya betul…tak cukup, sekeping! Teksturnya yang lembut dan sedikit kenyal, sekali gigit terus hilang dalam mulut. Rasa lemak keju yang berkrim dengan masam manis strawberi, itu rahsia yang menjadikan pencuci mulut ini sedap. Nak lagi ‘kick’, hidangkan sejuk-sejuk pasti berebut makan. Cubalah…

BINGKA KEJU & STRAWBERI

BAHAN A
2 sudu besar cream cheese
1 sudu kecil mentega
50 ml susu segar

BAHAN B
3 biji putih telur gred A
½ cawan gula kastor

BAHAN C
250 ml susu segar
3 biji kuning telur gred A
150 gm roti – kerak dibuang, ambil putih sahaja
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
Sedikit jem strawberi

CARA PENYEDIAAN :

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 170°C. Sediakan acuan yang disapukan dengan mentega.
  2. Satukan bahan A, panaskan sekejap biar suam dengan api kecil sekadar sebati atau boleh juga masukkan ke dalam ketuhar gelombang selama 30 saat. Ketepikan.
  3. Di mangkuk lain, putar putih telur hingga berbuih halus, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus putar hingga kental. Ketepikan.
  4. Sebatikan ke semua bahan C, kemudian masukkan roti. Biarkan roti lembik sedikit, kemudian masukkan bahan A. Kisar sehingga hancur, tapi jangan sampai berkrim.
  5. Masukkan bahan B, kacau sebati, tuang separuh adunan ke dalam acuan. Letak sedikit jem strawberi, kemudian isi lagi 3/4 dari acuan, bakar secara ‘steambath’.
  6. Bakar selama 1 jam atau bergantung pada saiz bingka, sejukkan sepenuhnya. Hias dengan krim putar dan taburkan parutan keju di atasnya .

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This