Nikmati dessert ringkas yang mudah disediakan. Rasanya sangat sedap, manisan segar
selepas berbuka.
Gabungan rasa manis, masam dan segar tripple epal ini, sekali cuba pasti ketagih. Ringkas penyediaannya, menu dessert sihat untuk seisi keluarga.
Triffle Epal
BAHAN :
1 biji epal hijau – potong dadu
4 keping biskut marie – kisar halus
Hirisan coklat snickers
BAHAN KRIM KEJU
250 gm krim keju
120 gm susu pekat manis
50 ml krim putar
CARA PENYEDIAAN:
- Putar kesemuanya bahan krim keju dan ketepikan.
- Paipkan krim keju di dalam gelas sederhana besar untuk lapisan pertama.
- Kemudian letakkan biskut marie kisar. Tekan sedikit supaya padat.
- Susunkan buah epal. Kemudian paipkan lagi dengan krim keju,ulangi langkah di atas sehingga memenuhi gelas.
- Taburkan hirisan coklat snickers. Sejukkan dan hidangkan.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

