Rapid Rail nafi berlaku gangguan perkhidmatan di Laluan Kelana Jaya

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

RAPID Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan dakwaan berlakunya gangguan perkhidmataan di Laluan Kelana Jaya pagi tadi adalah tidak benar.

Rapid Rail dalam kenyataan memaklumkan, perkhidmatan tren beroperasi mengikut kekerapan waktu puncak yang dijadualkan.

Jelas Rapid Rail, tiada keadaan kesesakan luar biasa diperhatikan di stesen mahupun di dalam tren.

“Kami mengambil maklum bahawa terdapat rujukan kepada kemas kini khidmat pelanggan Rapid KL di media sosial berkenaan beberapa tren yang dikeluarkan daripada perkhidmatan. 

“Kemas kini tersebut adalah sebahagian daripada usaha ketelusan proaktif pihak operator untuk memastikan penumpang sentiasa dimaklumkan mengenai pelarasan operasi secara masa nyata,” jelas Rapid Rail.

Rapid Rail menambah, pengeluaran tren daripada perkhidmatan merupakan prosedur operasi dan keselamatan standard. 

Jelas kenyataan itu, tren mungkin dikeluarkan sementara bagi tujuan pembaikan kecil, termasuk isu prestasi penyaman udara atau sistem lain di dalam tren. 

Menurut Rapid Rail, langkah tersebut diambil bagi memastikan keselesaan, keselamatan dan kualiti perkhidmatan kepada penumpang sentiasa terpelihara. 

Rapid Rail menegaskan, apabila sesebuah tren dikeluarkan daripada perkhidmatan, Rapid Rail akan melaksanakan langkah mitigasi termasuk menggerakkan tren gantian sekiranya perlu. 

“Ini memastikan selang masa kekal pada kekerapan waktu puncak dan kebolehpercayaan perkhidmatan tidak terjejas. 

“Kami menegaskan bahawa ketelusan operasi tidak seharusnya ditafsirkan sebagai gangguan perkhidmatan. 

“Sebagai pengendali perkhidmatan rel di bawah jenama Rapid KL, kami komited untuk memastikan operasi yang selamat, boleh dipercayai dan cekap, di samping terus menyalurkan maklumat tepat melalui saluran komunikasi rasmi kami,” jelas Rapid Rail.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This