Malaysia tak lupa nasib rakyat Palestin, Sumud Darat tanda solidariti – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA tidak melupakan nasib dan penderitaan dihadapi rakyat Palestin khususnya yang berada di Gaza walaupun tumpuan kini terarah ke Iran yang sedang dibedil Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, pintu masuk sempadan Rafah di Mesir ke Gaza telah ditutup pada bulan Ramadan ini sebaik sahaja Israel memulakan serangan.

Beliau berkata, situasi itu menyebabkan bantuan makanan dan perubatan kepada rakyat Gaza terbantut.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan telah melancarkan misi bantuan kemanusiaan Sumud Darat dengan 30 kontena (dari) Malaysia (akan dihantar) ke Gaza.

“Kontena itu membawa muatan sebanyak 374 tan bahan makanan dan kit kebersihan ke Gaza sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia.

“Sumud Darat menandakan komitmen kita kerana saya bangga anak-anak kita yang tidak lentur semangat mereka untuk mempertahankan hak, maruah dan kelangsungan hidup rakyat Palestin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemuka usul untuk mengutuk serangan biadab dan ganas Israel dengan sokongan AS ke atas Iran di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, pelancaran Sumud Darat membuktikan bahawa solidariti rakyat melangkaui kaum agama dan latar belakang politik.

Katanya, Malaysia konsisten untuk berdiri teguh mempertahankan hak rakyat Palestin dan dalam keadaan sekarang membantu meringankan beban hidup akibat kezaliman rejim Zionis Israel.

“Kementerian Luar tentunya akan terus mengaktifkan bilik gerakan, memantau dari dekat.

“Kita jamin akan lakukan apa yang munasabah dan mampu untuk membantu termasuk melalui bantuan konsular, nasihat perjalanan bagi rakyat Malaysia, sama ada yang terkandas untuk memilih untuk pulang ke negara mereka,” katanya.

Inisiatif berskala nasional itu diterajui Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama Sumud Nusantara dengan dukungan penuh Kerajaan Malaysia.

MAPIM dalam kenyataan semalam berkata, misi itu akan digerakkan secara berfasa dengan penghantaran Pasukan Awal Misi ke Kaherah, Mesir dijangka pada Selasa ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UtusanTV kukuhkan hubungan kerjasama media bersama MOTAC

UTUSANTV meneroka ruang kerjasama strategik bersama Tourism Malaysia dengan mengadakan kunjungan hormat di pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya...

More Articles Like This