Kajian semula perintah gaji minimum dijalankan dua kali setahun – KESUMA

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) akan menjalankan kajian semula perintah gaji minimum sekurang-kurangnya sekali tiap-tiap dua tahun seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 25, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732].

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, langkah itu bagi memastikan gaji minimum dan struktur upah sepadan dengan kos sara hidup.

Katanya, penentuan kadar gaji minimum adalah evidenced-based melalui formula khusus yang telah dibangunkan mengambil kira indikator ekonomi yang terkini.

“Indikator ini ialah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) untuk menentukan
keperluan asas pekerja dan keluarga dan gaji penengah bagi mengukur kemampuan majikan membayar upah.

“Ia turut mengambil kira Indeks Harga Pengguna (IHP) sebagai petunjuk perubahan kos sara hidup (inflasi); produktiviti buruh untuk menyelaraskan peningkatan gaji dengan pertumbuhan produktiviti dan kadar pengangguran bagi memastikan kenaikan gaji tidak menjejaskan keupayaan pasaran untuk mewujudkan dan mengekalkan peluang pekerjaan,” katanya menerusi jawapan lisan yang disiarkan di laman web Parlimen, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) langkah memastikan gaji minimum dan struktur upah sepadan kos sara hidup termasuk pematuhan majikan, tindakan terhadap pengelakkan serta strategi menurunkan kadar underemployment graduan dan meningkatkan produktiviti.

Mengulas lanjut, Ramanan berkata, Kerajaan juga telah memperkenalkan Dasar Gaji Progresif (DGP) sebagai strategi untuk menganjak struktur upah daripada sekadar gaji lantai kepada gaji yang setimpal dengan kemahiran.

Katanya, dasar itu bukan sahaja menyasarkan kenaikan gaji yang lebih bermakna, malah bertindak sebagai mekanisme untuk meningkatkan produktiviti buruh memandangkan kenaikan upah di bawah DGP adalah bersyarat kepada penyertaan pekerja dalam latihan peningkatan kemahiran yang diiktiraf.

Jelas beliau, bagi memastikan kadar gaji minimum dipatuhi, Kementerian melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia , JTK Sabah dan JTK Sarawak secara konsisten menjalankan penguatkuasaan di premis-premis majikan.

Menurut Ramanan, secara keseluruhannya, matlamat kementerian adalah untuk mewujudkan ekosistem pasaran buruh yang seimbang di mana produktiviti yang tinggi menjadi pemacu kepada kenaikan upah.

“Melalui gabungan penguatkuasaan undang-undang yang ketat, pelaksanaan dasar upah yang progresif, serta program peningkatan kemahiran yang sasar, kerajaan yakin kualiti hidup pekerja dapat ditingkatkan seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara yang mampan,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This