29,411 warga asing terima Notis Penolakan Masuk sejak AKPS mula operasi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SERAMAI 29,411 orang warganegara asing yang cuba memasuki Malaysia telah dikenakan Notis Penolakan Masuk sejak Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) memulakan operasi pada 1 Januari 2025.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kesemua warga asing itu telah dikenakan Notis Penolakan Masuk kerana didapati tidak mencukupi syarat kemasukan.

Selain itu, kata beliau, sebanyak RM82 juta nilai barangan juga telah disita dan dirampas dalam tempoh yang sama.

Menurut Saifuddin Nasution, AKPS melaksanakan pemeriksaan berasaskan risiko dengan memfokuskan sumber kepada laluan, masa dan kategori berisiko tinggi.

Beliau berkata, penubuhan AKPS sebagai agensi tunggal di pintu masuk negara merupakan langkah tegas kerajaan memastikan kawalan pada tahap tertinggi.

“AKPS melaksanakan fungsi kawalan, pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas orang, barangan dan kenderaan yang keluar masuk Malaysia di bawah prinsip single command at the entry point.

“Pendekatan ini memastikan tiada pertindihan fungsi, rantaian perintah yang jelas dan tindakan penguatkuasaan yang pantas serta seragam di semua pintu masuk.

“Operasi bersepadu dilaksanakan secara berterusan dengan kerjasama agensi teras seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan MAQIS khususnya di pintu masuk yang dikenal pasti sebagai hotspot penyeludupan dan lokasi kemasukan warganegara asing yang bukan pengembara atau pelancong tulen,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri SH Mohmed Puzi SH Ali (BN-Pekan) yang bertanyakan langkah konkrit dalam memastikan kawalan keselamatan di pintu masuk negara berada pada tahap tertinggi bagi mengelak ancaman keselamatan seperti kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan penyeludupan.

Guna teknologi perkasa keupayaan kawalan

Dari segi pemerkasaan teknologi, Saifuddin Nasution berkata, kerajaan melaksanakan penggunaan teknologi sebagai pengganda keupayaan kawalan.

Beliau menjelaskan, ia termasuk penggunaan autogate, perluasan sistem kamera litar tertutup (CCTV) pintas, penggunaan peralatan pengimbasan moden serta integrasi data penumpang dan kargo bagi membolehkan saringan awal dibuat sebelum ketibaan.

Dalam jangka sederhana dan panjang, Saifuddin Nasution memaklumkan, AKPS sedang merancang untuk membangunkan Integrated Checkpoint Management Command Centre (iCMCC) yang akan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan analitik data untuk mengesan trend serta corak ancaman lebih awal.

“Pendekatan ini membolehkan kawalan di pintu masuk negara dilaksanakan secara proaktif dan berasaskan risikan, bukan semata-mata pemeriksaan fizikal,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This