Komander AKPS Bukit Kayu Hitam nyaris ditembak 2 pelaku menaiki motosikal

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KOMANDER Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin Mohd Nasir nyaris ditembak dalam kejadian yang berlaku awal pagi tadi.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, ketika kejadian, Mohd Nasaruddin dalam perjalanan untuk menunaikan solat Subuh di Masjid Al Muhajirin Bukit Kayu Hitam sebelum didatangi dua individu berpakaian serba hitam.

Jelasnya, pelaku menaiki motosikal dengan topi keledar ‘full-face’ melepaskan dua das tembakan yang terkena pintu di bahagian kanan belakang kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton S70.

“(Tembakan) tidak mendatangkan kecederaan kepada mangsa,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Adzli berkata, kejadian tembakan pada 5.40 pagi itu berlaku kira-kira satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand.

Tambahnya, ketika ini pihak polis sedang melakukan siasatan secara menyeluruh termasuk meneliti kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This