Tindakan tegas akan diambil dalam kes serangan Komander AKPS

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

AGENSI Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) akan mengambil tindakan tegas dalam insiden serangan terhadap anggotanya, pagi tadi.

AKPS dalam kenyataan memaklumkan, anggota tersebut, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nassir berada dalam keadaan selamat, stabil serta kekal bersemangat tinggi untuk meneruskan tanggungjawab dan amanah demi keselamatan negara.

Menurut kenyataan itu, Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain juga telah turun padang ke ICQS Bukit Kayu Hitam pagi tadi bagi meninjau sendiri situasi, mendapatkan maklumat terperinci berhubung insiden yang berlaku.

Jelas kenyataan tersebut, ia bagi memastikan tahap keselamatan terkawal serta menyatakan sokongan penuh kepada pegawai dan anggota barisan hadapan yang bertugas.

“Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, AKPS Bukit Kayu Hitam menerima beberapa ancaman sejak kebelakangan ini. 

“Insiden yang berlaku pagi tadi adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab yang dipandang serius dan sama sekali tidak akan dikompromi,” jelas kenyataan itu.

AKPS menegaskan sebarang bentuk ancaman, ugutan atau serangan terhadap petugas keselamatan negara adalah satu perbuatan jenayah yang tidak boleh diterima. 

Menurut AKPS, insıden itu sama sekalı tıdak akan melemahkan semangat warga AKPS. 

Sebaliknya, ia akan terus memperkukuh iltizam seluruh pegawai dan anggota untuk terus berdiri teguh, berani dan profesional dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan sempadan negara.

“AKPS akan terus memastikan setiap pintu masuk negara kekal selamat, terkawal dan berdaulat, serta tidak akan sesekali berkompromi terhadap sebarang ancaman yang cuba menggugat keselamatan, keamanan dan kedaulatan tanah air,” jelas AKPS.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This