PM zahir solidariti Malaysia terhadap rakyat Iran, suarakan kebimbangan implikasi konflik

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan simpati dan solidariti Malaysia terhadap rakyat Iran susulan serangan dilakukan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas republik Islam itu.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri ketika mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi menerusi panggilan telefon, semalam.

Dalam hantaran di Facebook, Anwar memaklumkan, beliau turut menyampaikan ucapan takziah di atas nyawa rakyat Iran yang terkorban.

Menurut Perdana Menteri, ia termasuk Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei serta 165 orang pelajar sekolah akibat serangan rejim Israel bersama AS di Tehran, baru-baru ini.

“Malaysia turut menegaskan pendirian tegas terhadap sebarang tindakan ketenteraan yang mencabuli kedaulatan sesebuah negara.

“Di samping itu, Malaysia turut menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap implikasi konflik yang berpanjangan terhadap keamanan, kestabilan dan kesejahteraan global,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri memaklumkan, perbincangan itu turut menyentuh tentang keperluan mendesak untuk meredakan ketegangan.

Pada masa sama, kata beliau, beliau turut berbincang tentang usaha memperkukuh diplomasi serta mencari jalan damai bagi menamatkan konflik yang sedang melanda rantau tersebut termasuk isu Palestin yang terus menuntut perhatian masyarakat antarabangsa.

Seramai sekurang-kurangnya 1,332 orang awam Iran telah terkorban setakat ini dalam konflik dengan Israel dan AS dengan beribu-ribu lagi telah cedera.

Duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amir Saeid Iravani berkata, Amerika Syarikat (AS) dan Israel telah sengaja menyasarkan infrastruktur awam, manakala Iran hanya menyasarkan tapak ketenteraan, bukan orang awam.

Presiden AS, Donald Trump menuntut “penyerahan tanpa syarat” Iran dan berkata, pemimpin agung baharu Iran mesti ‘boleh diterima’, selepas Ayatollah Ali Khamenei terbunuh pada hari pertama perang.

Trump memberitahu Reuters dalam satu temu bual pada Khamis bahawa beliau mesti mempunyai kata putus dalam pemilihan itu.

Iravani menyifatkan kenyataan Trump itu sebagai “pelanggaran jelas terhadap prinsip tidak campur tangan dalam urusan dalaman negara, seperti yang termaktub dalam Piagam PBB.”


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This