Wanita berusia 84 tahun maut kereta dipandu jatuh sungai

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEORANG wanita warga emas berusia 84 tahun maut selepas kereta dipandunya terjatuh ke dalam sungai pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Norhisham Mustapar berkata, kejadian kira-kira jam 10.45 pagi dilaporkan di pekan Batu Kikir.

Katanya, mangsa yang memandu Perodua Myvi dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai memberi barang di sebuah kedai.

“Sebaik mangsa melalui selekoh, kereta dipandu mangsa hilang kawalan sehingga terjatuh ke dalam sungai,” katanya dalam kenyataan.

Norhisham menambah, kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

“Saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Amirul Syafiq Mohd Yusof di talian 016-2348669 bagi membantu siasatan,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This