PM beri penegasan banteras isu ketirisan wang awam, salah guna kuasa

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan ketegasan dengan serius bagi membanteras isu ketirisan wang awam dan salah guna kuasa.

Ketegasan itu dinyatakan Perdana Menteri ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN), hari ini.

Menurut Perdana Menteri, isu ketirisan wang awam dan salah guna kuasa telah merencatkan tadbir urus negara.

Pada masa sama, kata beliau, masalah itu turut menjejaskan kesejahteraan rakyat termasuk kesihatan awam, alam sekitar dan integriti nasional.

“Penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak memadai dalam memerangi rasuah, namun usaha ini perlu diperkukuh melalui pembudayaan integriti dan amalan tatakelola yang baik secara menyeluruh, melibatkan sektor awam, swasta serta masyarakat,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri memaklumkan beberapa perkara telah dipersetujui dalam mesyuarat tersebut termasuk pelaksanaan Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO).

Selain itu, beliau berkata, mesyuarat turut bersetuju mengukuhkan agenda pencegahan rasuah negara berasaskan penyertaan semua pihak serta pemerkasaan koordinasi strategik antara agensi.

“Kerajaan kekal fokus memperkasa agenda tatakelola bagi memastikan integriti dan ketelusan terus menjadi teras perkhidmatan awam demi menjunjung amanah rakyat dan memperteguh keyakinan terhadap institusi negara,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This