Lelaki warga tempatan rosakkan tokong Cina di Ipoh dipenjara 8 bulan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEORANG lelaki warga tempatan dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan selepas mengaku bersalah dalam kes melakukan khianat terhadap sebuah tokong Cina di Sunway City, Ipoh, kelmarin.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berhubung kejadian kerosakan sebuah altar tokong Cina di hadapan kedainya pada 12 Mac.

Katanya, hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki tidak dikenali telah bertindak merosakkan tokong tersebut pada malam sebelumnya.

“Bertindak atas maklumat dan siasatan membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan juga mendapati suspek dipercayai bertindak secara bersendirian dalam kejadian tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, Noor Hisam berkata, suspek telah dituduh di Mahkamah Majisret Ipoh mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat dengan niat untuk menghina atau mencemarkan tempat ibadat pada 17 Mac lalu.

Katanya, polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menasihatkan masyarakat supaya sentiasa menghormati sensitiviti agama serta harta benda orang lain.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kos PRN bukan untuk ‘dibahagi’ kepada rakyat, kata Reezal Merican

DAKWAAN bahawa kos penganjuran Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor boleh diagihkan terus kepada rakyat disifatkan sebagai kenyataan populis yang...

More Articles Like This