Operasi tren KTMB kembali normal susulan kerja baik pulih sistem elektrifikasi

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengesahkan kerja-kerja baik pulih sistem elektrifikasi susulan kejadian alat talian atas terputus di KM 434.423 antara Stesen Batang Benar – Labu semalam telah berjaya diselesaikan sepenuhnya pada jam 3.56 pagi hari ini.

KTMB dalam kenyataan memaklumkan, susulan penyiapan kerja-kerja tersebut, operasi perkhidmatan tren elektrik (ETS) serta perkhidmatan KTM Komuter bagi laluan terlibat kini telah kembali beroperasi seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan.

Menurut KTMB, sepanjang tempoh gangguan, KTMB telah mengambil langkah proaktif dan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan keselamatan serta kebajikan penumpang sentiasa terpelihara, termasuk mengurus pergerakan penumpang yang terkandas dengan menyediakan bas pengantara serta bantuan kakitangan di lapangan. 

“Kesemua penumpang ETS serta perkhidmatan KTM Komuter yang terjejas telah selamat tiba ke destinasi masing-masing. 

“KTMB komited untuk memastikan gangguan dapat ditangani dengan segera melalui tindakan pemulihan yang pantas serta pemantauan operasi secara berterusan bagi meminimumkan kesan kepada pengguna perkhidmatan,” jelas KTMB.

KTMB dalam kenyataan sama turut merakamkan penghargaan kepada para penumpang atas kesabaran dan kerjasama sepanjang tempoh gangguan operasi, serta memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami. 

Menurut KTMB, sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan melalui saluran media sosial rasmi KTMB dari semasa ke semasa. 

“Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-9779 1200,” tambah kenyataan itu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Proton S70, pembiayaan fleksibel pacu transformasi industri teksi negara – Loke

KERAJAAN memperkenalkan pendekatan baharu bagi mentransformasikan industri teksi negara menerusi penggunaan Proton S70 sebagai teksi generasi baharu, penyediaan pakej...

More Articles Like This