Mekanik maut motosikal langgar van polis sedang membelok masuk ke stesen minyak

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah van Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kilometer 134 Jalan Kuantan-Johor Bahru, di Rompin, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, mangsa yang dikenal pasti sebagai seorang mekanik, Mohd Faizal Ismail, 38, meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 7.20 malam.

Katanya dalam kejadian itu, mangsa menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Kampung Sepakat dari arah bandar Rompin menghala ke rumahnya di Taman Nusa Puteri, Rompin mengahala ke arah Kuantan.

Sementara itu katanya, van yang dipandu oleh anggota polis berusia 26 tahun sedang dalam perjalanan pulang dari Maran menghala Bandar Rompin bagi mengisi minyak di sebuah stesen minyak.

Baca: Anthony Loke ziarah keluarga penunggang motosikal maut dirempuh pemandu mabuk

“Pemandu van bersama lima anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin baru selesai penugasan Ops Pangguni di Maran dalam perjalanan pulang ke IPD Rompin.



“Pemandu van bersama lima anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin baru selesai penugasan Ops Pangguni di Maran dalam perjalanan pulang ke IPD Rompin.



“Tiba di tempat kejadian, sebelum van membelok ke kanan, pemandunya memberikan laluan kepada beberapa kenderaan.

“Apabila laluan dipercayai selamat, van berkenaan masuk ke stesen minyak dan ketika itu kenderaan berkenaan dilanggar di bahagian sisi sebelah kiri oleh motosikal ditunggang mangsa yang sedang bergerak lurus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala enam anggota polis tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mengulas lanjut, Sharif Shai berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Rompin bagi bedah siasat selain kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mara tidak kompromi peminjam sengaja culas

MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) tidak akan sesekali berkompromi dengan peminjam yang sengaja culas untuk membayar balik pinjaman. Perkara itu ditegaskan...

More Articles Like This