Warga asing ditahan buat kecoh, rosakkan papan tanda kaunter KLIA 2

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SEORANG lelaki warga asing ditahan selepas tular di media sosial tindakan agresifnya terhadap anggota keselamatan semasa berada di Kaunter Pertukaran Antarabangsa KLIA 2.

Ketua Polis Daerah KLIA, ACP Ravi Munusamy berkata, hasil siasatan mendapati suspek telah terlepas penerbangan dan berselisih faham dengan isterinya berkaitan isu penjagaan anak.

Jelasnya, semasa kejadian, suspek telah bertindak agresif dengan menghentak cermin kaunter, mengetuk papan tanda penerbangan hingga patah, membaling botol minuman ke arah kaunter dan mencederakan anggota keselamatan.

“Bertindak diatas maklumat, tangkapan telah dibuat oleh pihak polis Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA pada 5 April jam lebih kurang 10.30 pagi di Kaunter Pertukaran Antarabangsa KLIA 2.

“Tangkapan melibatkan satu lelaki warganegara asing berusia 33 tahun yang sedang menunggu penerbangan transit ke Hatyai, Thailand,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ravi menambah, suspek mengaku bersalah semasa pertuduhan dibuat di Mahkamah Sepang pada 7 April lalu di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Katanya, kesalahan memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua duanya dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kesalahan Kecil dengan hukuman denda boleh sampai RM1,000.

“Orang ramai diminta mengikuti arahan pihak keselamatan yang bertugas dan tidak mengambil tindakan yang boleh menyebabkan berlakunya kegusaran di tempat awam,” katanya sambil menambah sebutan semula kes pada 13 April depan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PH perlu menangi hati rakyat Johor, bukan sekadar kempen – Fadhlina

JENTERA Pakatan Harapan (PH) diingatkan supaya turun padang menyantuni rakyat dan menjelaskan pencapaian kerajaan, bukan sekadar bergantung kepada kempen...

More Articles Like This