MKT UMNO putuskan Khairy Jamaluddin, Hishammuddin diterima kembali ke Rumah Bangsa

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KHAIRY Jamaluddin dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein antara dua daripada 6,252 bekas pimpinan dan ahli di pelbagai peringkat diterima kembali ke Rumah Bangsa.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi.

“Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin, Tan Sri Syed Hamid Albar bersama 6,252 bekas pimpinan dan ahli di pelbagai peringkat diterima kembali ke Rumah Bangsa oleh MKT UMNO malam ini,” katanya ringkas menerusi hantaran di media sosial beliau.

Selepas dipecat daripada UMNO pada 2023, Khairy yang juga bekas Ketua Pemudanya secara terbuka mengumumkan beliau mahu kembali menyertai parti itu menerusi agenda Rumah Bangsa.

Hishammuddin secara terbuka juga mengumumkan sedia untuk kembali berjuang dalam parti itu sekiranya diminta berbuat demikian.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berharap usaha Rumah Bangsa dipermudahkan dan menjadi titik penyatuan yang memperkukuh kembali kekuatan parti dalam meneruskan kelangsungan agenda perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air, selain memastikan masa depan lebih baik untuk rakyat serta negara.

Pada Januari 2023, UMNO dilaporkan memecat Khairy, selain menggantung keahlian bekas Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Hishammuddin dan bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan.

Turut digantung keahlian ialah bekas Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.

Selain itu, lima ahli UMNO Pasir Gudang, sembilan ahli UMNO Putrajaya, dua ahli UMNO Tanjong Karang dan 26 ahli UMNO Pahang turut dipecat.

Antara kesalahan mereka ialah didakwa menjadi calon Bebas dan selain BN, serta terbabit membantu parti lawan ketika Pilihan Raya Umum Ke-15.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hadi sahkan pertemuan pemimpin Pas dan UMNO, beri bayangan penyatuan parti politik Melayu

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan berlaku pertemuan antara pemimpin parti itu dengan UMNO, malam tadi. Ia susulan...

More Articles Like This