Seorang lagi disiasat sebar berita palsu pembekalan diesel ke Filipina

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG lagi individu telah dirakam keterangan, semalam berhubung penyebaran berita palsu mengenai dakwaan pembekalan bahan api diesel kepada Filipina.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan memaklumkan, rakaman keterangan tersebut telah dilakukan di Ibu Pejabat MCMC, Cyberjaya, semalam.

Menurut MCMC, kertas siasatan telah pun dibuka di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Katanya, akta tersebut memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali sekiranya disabitkan kesalahan.

“Pihak berkuasa telah mengesahkan diesel tersebut milik syarikat perdagangan Vitol dan bukan milik Petronas atau kerajaan.

“MCMC turut menyita peranti komunikasi yang digunakan untuk memuat naik kandungan berkenaan bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, MCMC menegaskan memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan digital untuk menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengelirukan orang ramai.

“Tindakan penguatkuasaan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang serta menjejaskan ketenteraman awam,” katanya.

Semalam, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dilapor berkata sebanyak 299 kandungan palsu berkaitan krisis tenaga global telah diturunkan oleh penyedia platform media sosial setakat ini.

Beliau berkata, jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada 450 kandungan palsu yang dikenal pasti MCMC untuk diturunkan bagi tempoh 29 Mac hingga 7 pagi semalam.

Fahmi berkata, 147 kandungan berkaitan Selat Hormuz telah dimohon untuk diturunkan dengan 122 daripadanya telah diturunkan pagi semalam.

“Platform yang paling banyak (menyebarkan) maklumat palsu ialah Facebook dengan 180 kandungan melibatkan pelbagai isu, manakala kedua paling banyak ialah TikTok dengan 134 kandungan,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This