Tegur merokok punca pergaduhan di restoran mamak

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEJADIAN pergaduhan antara dua pihak di sebuah restoran nasi kandar di Bandar Rimbayu, Telok Panglima Garang adalah berpunca daripada teguran merokok.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supritendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 15 April lalu.

Katanya, hasil siasatan pihak polis mendapati telah berlaku perselisihan faham antara dua pihak kerana salah seorang dari mereka ditegur merokok di kawasan tersebut.

“Kejadian bertukar menjadi pergaduhan dan saling memukul antara satu sama lain.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penalti penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This