Dituduh tumpang populariti Siti Nurhaliza, Irene Catalina akhirnya buka mulut – “Saya pilih untuk kekal tenang”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SELEPAS memilih untuk kembali bergelar sebagai penyanyi solo pada September tahun lalu, nama Irene Catalina tidak lari daripada menjadi sorotan.

Terbaharu, penampilannya di acara The Music Run by Affin yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu lalu, menjadi medan perdebatan segelintir netizen.

Kehadiran Irene di pentas besar tersebut dipertikai oleh individu yang mendakwa tidak mengenali identitinya, malah ada yang lebih berani melemparkan tuduhan penyanyi ini sengaja ingin menumpang populariti Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Bukan sekadar komen terbuka di media sosial, Irene mendedahkan turut menerima mesej peribadi (DM) yang mempersoalkan kredibilitinya sebagai penghibur.

“Saya ada terbaca komen yang bertanya siapa saya dan kenapa saya dipilih membuat persembahan di acara sebesar ini.

“Malah, ada juga mesej peribadi yang masuk bertanya perkara sama, selain mendakwa saya cuba tumpang populariti Siti Nurhaliza memandangkan beliau juga membuat persembahan di acara yang sama.

“Bagaimanapun, saya memilih untuk kekal tenang dan fokus kepada perkara positif sahaja.

“Saya harap mereka yang berkata begitu lebih terbuka hati untuk menerima kehadiran saya dan menghargai usaha saya berkongsi bakat kepada semua,” katanya kepada URTV.

Bagi bekas ahli kumpulan Angels ini, peluang berkongsi pentas dengan nama-nama besar industri, terutamanya Siti Nurhaliza, adalah satu kurniaan rezeki yang tidak patut dipersiakan.

 Dia melihat situasi tersebut sebagai satu pembakar semangat untuk terus memajukan karier solonya.

“Saya percaya pada rezeki yang Allah SWT kurniakan. Saya rasa sangat bertuah dan kerdil apabila dapat berkongsi pentas dengan artis bernama besar terutamanya Siti Nurhaliza.

“Pengalaman ini sebenarnya membuatkan saya rasa lebih bersemangat untuk terus bergerak ke hadapan dalam industri ini,” tambahnya lagi.

Menerusi acara tersebut, Irene membuktikan bakatnya dengan mempersembahkan tiga buah lagu iaitu Golden (Huntrix), Tabola Bale (Silet Open Up) dan single miliknya sendiri, Mau Apa Lagi.

Dia mengakui perasaan gementar tetap ada memandangkan ini merupakan kali pertama beraksi di stadium berskala besar sebagai penyanyi solo.

“Sejujurnya saya memang gementar, tetapi saya hanya mahu melakukan yang terbaik.

“Dahulu sewaktu bersama kumpulan Angels, pernah juga terlibat dengan acara besar, namun sejak bergerak solo dan melancarkan lagu Mau Apa Lagi tahun lalu, ini adalah kali pertama saya beraksi di pentas sebesar ini,” jelasnya.

Irene kini sedang giat mengumpul material untuk penghasilan lagu terbaharu, selain sibuk memenuhi undangan persembahan korporat di sekitar ibu kota.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This