Isu babi: Konteks ucapan ADUN DAP biadab, Pemuda UMNO Selangor desak tarik balik kenyataan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PEMUDA UMNO Selangor mendakwa konteks ucapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki biadab dan seolah-olah mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan isu penternakan babi.

Ketuanya, Datuk Mohd Imran Tamrin mendakwa, perkara itu memberi gambaran bahawa beliau tidak berpuas hati dan isu yang dibangkitkan boleh menyinggung institusi diraja Selangor.

Sehubungan itu, tegasnya, Pemuda UMNO Selangor mendesak Siew Ki supaya menarik balik kenyataan dan isi kandungan ucapan perbahasan beliau pada sesi Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

“Sekiranya beliau enggan atau gagal berbuat demikian, kami percaya bahawa selaras dengan Peraturan Tetap 70(3), ADUN Seri Kembangan perlu dirujuk ke Jawatankuasa Hak & Kebebasan Dewan Negeri Selangor.

“Beliau juga perlu diberi peringatan dan pengajaran serta tindakan tegas daripada kerajaan atas tindakan beliau yang tidak bertanggungjawab dan biadap tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, Pemuda UMNO Selangor juga berpendirian bahawa adalah suatu yang janggal dan tidak bertanggungjawab ADUN mewakili DAP dan sebahagian daripada kerajaan mempunyai pendirian berbeza.

“Pemahaman dan hujahan perbahasan beliau adalah meleset seterusnya gagal memahami secara menyeluruh struktur kedudukan undang-undang.

“Perkara seperti ini tidak wajar berlaku di dalam sebuah negeri yang dinaungi oleh sultan dan institusi raja Melayu yang mempunyai kedudukan serta peranan penting yang dijamin oleh Perlembagaan dan undang-undang,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This