Lelaki pakai vest, topi keledar berlogo polis tanpa kebenaran ditahan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SEORANG lelaki ditahan selepas tular video memakai vest serta topi keledar berlogo polis tanpa kebenaran.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, lelaki berusia 30an itu ditahan di sekitar kawasan USJ, Subang Jaya bagi membantu siasatan selepas pihaknya menerima laporan semalam.

“Kejadian dipercayai berlaku pada 17 April lalu dan dirakam serta dimuat naik menerusi platform TikTok.

“Suspek akan direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 89 Akta Polis 1967,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, katanya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi berhubung kes ini, sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-7862 7222.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Malaysia perkukuh pengaruh pembentukan norma baharu perburuhan global

MALAYSIA terus memperkukuh peranannya secara aktif dalam ekosistem tadbir urus perburuhan global melalui penyertaan di Persidangan Buruh Antarabangsa (ILC)...

More Articles Like This