Kenderaan jatuh gaung: Lokasi sudah jalani pemeriksaan rutin, tersenarai dipasang penghadang – JKR

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

LOKASI kemalangan sehingga mengakibatkan satu kematian di Seksyen 35.50, Jalan Tapah Cameron Highland (FT059) telah tersenarai dalam Anggaran Penyenggaraan Jalan (APJ) 2026 bagi pemasangan penghadang jalan.

Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) memaklumkan pihaknya kini sedang menunggu kelulusan bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan penghadang jalan dilaksanakan.

Namun begitu, jelasnya, aspek keselamatan sementara seperti ‘delineator string’ telah tersedia dipasang di lokasi semasa kejadian kemalangan berlaku.

“Pihak konsesi telah melaksanakan kerja-kerja rutin penyenggaraan berdasarkan peruntukan kontrak konsesi.

“Rondaan pemeriksaan rutin yang dibuat pada siang 20 April 2026 (Isnin) tidak merekodkan kewujudan kerosakan @ ‘pothole’ di kawasan kemalangan.

“Pihak JKR akan terus memantau keadaan jalan di kawasan terlibat secara berkala bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berulang,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, UtusanTV melaporkan seorang lelaki maut selepas kereta jenis Perodua Aruz yang dipandunya terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam tiga meter di Batu 21, Jalan Tapah – Cameron Highlands, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, lima lagi anggota keluarga lelaki tersebut turut cedera dalam kejadian itu.

Katanya, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada jam 10.43 malam tadi.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati kenderaan tersebut telah terjatuh ke dalam sungai yang cetek dan berada dalam keadaan terbalik.

“Terdapat enam orang mangsa yang menaiki kenderaan tersebut, lima orang mengalami kecederaan manakala pemandu yang berumur 44 tahun disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan daripada itu, JKR menyatakan rasa komited dalam melaksanakan tindakan pembaikan segera dengan sokongan Kementerian Kerja Raya (KKR).

“Takziah diucapkan dan didoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This