Banjir: JKR usaha dapatkan peruntukan tambahan baiki jalan – Ahmad Maslan

Dari Penulis

KEMENTERIAN Kerja Raya (JKR) sedang berusaha mendapatkan peruntukan tambahan bagi membaik pulih jalan raya yang rosak teruk akibat fenomena banjir, baru-baru ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kos keseluruhan kerja-kerja pemulihan dianggarkan melebihi RM100 juta dengan keutamaan diberikan kepada negeri-negeri yang paling terjejas.

Katanya, bajet kementerian yang diperuntukkan pada tahun lalu telah digunakan sebanyak 98 peratus.

“Namun peruntukan ini tidak mencukupi untuk menampung kos baik pulih berskala besar yang diperlukan selepas bencana banjir.

“Projek pemulihan ini akan dimulakan Februari nanti, namun kami sedang berusaha mendapatkan dana tambahan daripada Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan bagi memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan sempurna,” katanya seperti dilapor Malaysia Gazette.

Baca artikel lain: DBKL keluar 11 kompaun dalam operasi bersepadu korekan jalan

Beliau berkata dalam sidang media selepas perasmian Program Jelajah 2024 JKR BIM : Trail Training Lectures Zon Tengah di Dewan Jabatan Hutan Semenanjung Malaysia hari ini.

Semalam, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan kos pembaikan jalan akibat banjir ekoran Monsun Timur Laut (MTL) mencecah RM101.57 juta.

Ini termasuk RM45.37 juta untuk pembaikan jalan di negeri-negeri Semenanjung yang rosak akibat banjir termasuk kerja berkala pada jalan berturap, bukan berturap, jambatan serta lampu isyarat dan lampu jalan.

Sementara itu, pembaikan jalan di Sabah, Sarawak dan Labuan pula melibatkan kos RM56.2 juta yang merangkumi kerja serupa pada jalan berturap dan bukan berturap.

Manakala kos pembaikan cerun runtuh di sembilan lokasi dianggarkan berjumlah RM41 juta melibatkan dua lokasi masing-masing di Kelantan dan Terengganu serta lima lokasi di Perak.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This