Kes bakal pengantin jatuh gaung: Papan tanda amaran, penghadang konkrit telah dipasang

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PAPAN tanda amaran dan penghadang konkrit telah pun dipasang dengan jelas oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai langkah keselamatan di kawasan kejadian sebuah Toyota Fortuner terjatuh ke dalam gaung di Hulu Terengganu, semalam.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, laluan ke kawasan jalan runtuh di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris – Sungai Gawi – Aring dekat Bukit Kawah itu juga telah ditutup sepenuhnya kepada semua pengguna jalan raya.

Beliau berkata, penutupan laluan itu telah diwartakan di bawah Seksyen 70 Akta Pengangkutan Jalan 1987 merangkumi sebahagian Jalan Persekutuan FT36 dari Seksyen 55.60 hingga Seksyen 139.30.

Menurut Alexander, langkah penutupan berterusan turut dipantau bersama oleh pihak konsesi penyelenggaraan.

“Insiden seumpama ini amat dikesali apatah lagi setiap agensi terlibat telah pun melaksanakan usaha pencegahan dengan penutupan jalan dan meletakkan pelbagai tanda amaran di kawasan berkenaan.

“Kementerian memandang serius kejadian ini kerana ia melibatkan keselamatan pengguna jalan raya.

“Kementerian Kerja Raya (KKR) mengingatkan orang awam untuk sentiasa mematuhi arahan keselamatan serta tanda penutupan yang dipasang di lokasi bencana bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berulang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Alexander memaklumkan, JKR juga telah mengambil beberapa tindakan segera termasuk pemasangan papan tanda amaran dan sekatan konkrit di kedua-dua arah lalu.

Katanya, JKR juga telah membuat laporan polis terhadap pencerobohan laluan tertutup dan pendaftaran maklumat bencana jalan runtuh di portal rasmi.

Baca artikel lain: Bakal pengantin maut, Toyota Fortuner jatuh gaung 61 meter

“KKR melalui JKR sudah mendapat kelulusan untuk pembinaan jambatan di Laluan FT036, Seksyen 89.00, Jalan Aring 8 – Tasik Kenyir – Kuala Jeneris daerah Hulu Terengganu yang telah diluluskan pada 25 Mac lalu dengan kos sebanyak RM36 juta.

“Status terkini adalah di peringkat perolehan dengan surat setuju terima (SST) dijangka diserahkan pada suku keempat iaitu Disember ini,” katanya.

Semalam, sepasang bakal penganting meninggal dunia selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 61 meter.

Kejadian kira-kira pulul 5.30 petang itu berlaku di Kilometer 52, Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi-Aring dekat Bukit Kawah, Hulu Terengganu.

Mangsa dikenali sebagai Hassan Shazali, 52, berasal dari Melor, Kota Bharu manakala pasangannya, Suzaimah Che Azis, 34, dari Gua Musang.

Menurut beliau, lelaki itu bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Lebir, Gua Musang manakala pasangannya bekerja di kantin sekolah yang sama dan mereka dijadual melangsungkan perkahwinan pada 25 Disember ini.

Katanya, pasangan tersebut menaiki Toyota Fortuner itu sedang dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu menuju ke rumah mereka di Gua Musang, Kelantan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This