PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan mencari jalan untuk menurunkan cukai jalan bagi kenderaan menggunakan diesel.
Beliau berharap agar usaha tersebut dapat dilaksanakan dalam masa terdekat bagi meringankan beban ditanggung rakyat susulan konflik tenaga yang melanda dunia.
“Tadi saya bincang dengan Menteri Pengangkutan, saya minta KSU Kementerian Pengangkutan untuk mencari jalan sekarang supaya dalam tempoh terdekat turunkan cukai jalan bagi kenderaan diesel.
“Itu boleh (turun cukai), turun harga minyak setakat ini tak mampu kita tapi cukai jalan itu boleh.
“Kalau nak turun banyak tolong lobby dengan Menteri Pengangkutan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari JPJ Ke-80 dan Karnival Mega JPJ MADANI, hari ini.

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

