PUNCA mengapa dua buah kapal diisi bahan api milik Malaysia tidak dapat meneruskan perjalanan selepas dibenarkan melepasi Selat Hormuz kerana sedang melalui kawasan pertempuran di antara Iran da Amerikat Syarikat.
Perkara itu disahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari JPJ Ke-80 dan Karnival Mega JPJ MADANI, hari ini.
“Satu masih tersadai, satu sudah sampai ke Pengerang minggu lalu, satu dalam perjalanan tapi ada yang lain-lain tersangkut sebab kawasan itu menjadi kawasan pertempuran,” katanya.
Semalam, Perdana Menteri berkata, kerajaan sedang berunding dengan kerajaan Iran bagi membolehkan kapal yang membawa bekalan bahan api tersebut dibenar meneruskan perjalanan.
“Kita sedang berunding kerana kelulusan telah diberikan,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan lima kapal Malaysia masih terkandas di Selat Hormuz susulan daripada ketegangan yang berlaku di Asia Barat.

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

