16 usahawan Mara catat jualan RM161 juta di Shanghai

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SEBANYAK 16 usahawan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang mengikut program Gate-To-Global (GTG) berjaya mencatatkan jualan sebanyak RM161 juta sepanjang berada di Ekspo Antarabangsa MIHAS di Shanghai, China.

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, situasi membangkitkan semangat agensi tersebut untuk membantu lebih ramai usahawan menembusi pasaran antarabangsa pada masa hadapan.

“Insya-Allah Mara akan bantu lebih ramai usahawan Bumiputera ke pentas global,” katanya menerusi hantaran ringkas di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Asyraf memberitahu menerusi ekspo tersebut, tiga syarikat usahawan Bumiputera Mara berjaya memeterai perjanjian bersama rakan pengedar di Shanghai dengan nilai jualan lebih RM60 juta.

“Terima kasih dan penghargaan saya kepada Pengerusi MATRADE, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican atas kerjasama erat MATRADE bersama Mara dalam memperkasa keupayaan usahawan Bumiputera.

Baca artikel lain: PRN Sabah: Dg Nor Syafiqah calon ke-41 PN, bertanding di DUN Sindumin

“Hasil kolaborasi ini, seramai 16 usahawan Mara di bawah GTG menyertai MIHAS di Shanghai, mewakili sektor makanan & minuman (F&B) serta gaya hidup dengan anggaran potensi jualan sehingga RM150 juta.

‘Kerjasama Mara–MATRADE turut diperkukuh melalui pemeteraian MoU yang memberi tumpuan kepada peluasan akses pasaran eksport, sokongan geran promosi (MDG)…bagi meningkatkan daya saing dan kehadiran produk Bumiputera di pasaran dunia,” katanya.

Sejak GTG Mara dilaksanakan lebih 1,000 usahawan Bumiputera telah mengikuti program ini melalui latihan dan bimbingan berstruktur bersama pelbagai agensi kerajaan.

Daripada jumlah tersebut, 132 usahawan berjaya menembusi pasaran antarabangsa ke lebih 20 negara seluruh dunia.

Program ini turut menjana jumlah jualan terkumpul RM632 juta serta mewujudkan 406 peluang pekerjaan baharu setakat Oktober 2025 dan ini bukti bahawa usahawan Bumiputera mampu bersaing di pentas global.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This