KEJADIAN lubang benam di Jalan Wangsa Delima 4, Wangsa Maju dipercayai berlaku bukan disebabkan oleh tanah mendap tetapi akibat kerosakan sistem perparitan.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang menjalankan siasatan terperinci bersama semua penyedia utiliti berhubung kejadian tersebut bagi mengenal pasti punca sebenar.
Katanya, buat masa ini, laluan berkenaan ditutup selama dua minggu bagi membolehkan siasatan dan kerja pembaikan dijalankan.
“Saya pergi semalam kita lihat ada satu ‘main drain’ di situ dengan diameter 1.5 meter dan ada ‘sump’ di situ, ‘sump’ ini bila ‘different level’ air ia akan bertakung di situ dan salir keluar.
“Kita dapati bahawa tembok ‘sump’ tersebut pecah dan kita tak jumpa ke mana runtuhan tembok itu jatuh dan bersebelahan dengan tembok tersebut ada utiliti, mungkin ada kerja-kerja utiliti yang dibuat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Mitigasi Banjir di Kuala Lumpur, hari ini.
Fadlun berkata, kejadian itu tidak mempunyai kaitan dengan masalah tanah mendap lain, sebaliknya dipercayai berpunca daripada kerosakan sistem perparitan.
Beliau berkata, DBKL sudah menubuhkan pasukan petugas khas bagi menangani isu lubang benam atau lubang jalan di sekitara ibu kota.
“Dalam banyak kes ‘potholes’, ia berpunca daripada paip ‘sewer’ atau sistem perparitan yang pecah sehingga menyebabkan kawasan bawah tanah menjadi lompong,
“Apabila tanah di kawasan berhampiran jatuh, ia akan menyebabkan ‘potholes’ kecil atau besar,” katanya lagi.

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

