Lubang benam sedalam 50 meter gemparkan Bangkok, tiada kecederaan

Dari Penulis

SEBUAH lubang benam gergasi sedalam kira-kira 50 meter terbentuk secara tiba-tiba di hadapan Hospital Vajira, Jalan Samsen, daerah Dusit, Bangkok menggemparkan ibu negara Thailand itu, pagi tadi.

Insiden yang berlaku sekitar pukul 7.15 pagi tadi itu mencetuskan panik, pemindahan ribuan pesakit dan penutupan jalan.

Bagaimanapun, Bangkok Post dalam laporannya memaklumkan tiada kecederaan mahu pun kehilangan jiwa setakat ini.

Menurut laporan awal, lubang itu berukuran 30 meter kali 30 meter lebih besar daripada separuh kolam renang Olimpik.

Bangkok Post melaporkan jalan antara persimpangan Vajira dan Sanghi telah ditutup buat sementara.

Pada masa sama, perkhidmatan pesakit luar di Hospital Vajira juga telah digantung buat sementara manakala 3,500 pesakit pesakit luar dipindahkan ke kawasan selamat.

Baca artikel lain: Lubang benam: Jalan Burma ditutup, trafik dilencongkan ke Jalan Dr Lim Chwee Leong

Penduduk di pangsapuri berdekatan turut diarahkan berpindah selepas imej dan rakaman video menunjukkan keseluruhan jalan retak dengan sebuah trak putih berada di tepi cerun curam sebelum hampir terjatuh ke dalam lubang.

Lubang benam itu turut menelan dua tiang elektrik dan sebuah trak tunda milik balai polis Samsen. Pihak Berkuasa Elektrik Metropolitan segera melaksanakan langkah keselamatan, termasuk memutuskan bekalan elektrik di kawasan berisiko.

Kawasan itu sebelum ini pernah ditutup susulan pembinaan transit aliran massa (MRT) bawah tanah Laluan Ungu sambungan Tao Poon dan Rat Burana.

Sementara itu, Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt memaklumkan, lubang benam itu dipercayai terbentuk di atas Stesen Keretapi Hospital Vajira iaitu di persimpangan antara terowong dengan stesen berkenaan.

“Tanah telah mengalir masuk ke dalam terowong hingga menyebabkan struktur sekeliling runtuh dan paip air besar telah pecah,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This