Laporan pemilikan saham Azam Baki siap minggu ini – PM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan berkaitan isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki akan siap minggu ini.

Jelasnya, Laporan Jawatankuasa Khas Siasatan itu akan diteliti terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan lanjut diambil sama ada mahu melanjutkan siasatan atau pun tidak.

“Siasatan yang diketuai oleh Peguam Negara itu akan siap minggu ini, dalam beberapa hari. Jadi kita tengok dulu, apakah kemunasabahan, rasional untuk melanjutkan dan dalam bidang apa yang perlu untuk diteliti.

“Jadi saya tidak menerima atau menolak. Biarlah kita ikut prosesnya.

“Dapat dulu laporan daripada Peguam Negara, yang tidak akan tertangguh kerana Peguam Negara memaklumkan kepada saya laporan akan disediakan dalam tempoh satu-dua hari ini.

“Kemudian, kalau ada rasional untuk melanjutkan, itu kita akan lanjutkan,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan V Ganabatirau (PH-Klang) mengenai tindakan yang boleh dijangka daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu mafia korporat yang didakwa membabitkan Azam.

Pada masa sama, Anwar turut menegaskan masih terlalu awal untuk memutuskan cadangan mengenai penubuhan RCI berhubung isu pemilikan saham berkenaan.

“Tentang cadangan Surunjaya Siasatan Diraja, bagi kita agak premature, terlalu awal,” katanya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This